COURSE TEKNOLOGI MAKANAN DI POLISAS
~Pengalaman mendewasakan kita ~
Assalamualaikum semua...
Aku taktau nak letak tajuk apa yang sesuai tapi aku nak share pengalaman aku study di sana.Aku awalnya aliran sains teknikal waktu di sekolah menengah dulu.More to engineering.Aku ambil semua subj yang pelajar sains tulen ambil kecuali biology.Dan ditambah pula dengan subjek teknologi kejuruteraan serta lukisan kejuruteraan.Jadi aku dh nampak dah situ hmm nanti nak sambung belajar mesti kena amik engineering juga.FYI aliran sekolah kan bukan kita yang pilih.
Skip to habis SPM time tunggu results aku pon isila UPU amik kos engineering sebab senang aku nanti nak belajar because dah ada basic.Aku memang time tu follow the flow ja xde nak pursue minat sebab memang xde minat certain course pon.Dan beberapa waktu berlalu barula aku bagitau mak aku,aku dah isi upu amik kos etc etc.Yang buat aku terkejut is mak aku tetiba xizinkan aku amik kos tu.Dia siap ugut aku,kalau aku berkeras jugak dia xkan support aku study.Tergamam kejap aku kt situ dh kenapa mak aku ni.Rsa nak marah pon ada jugakla time tu.Sebelumni mcam xkisah aq buat apa je ttiba halang aku siap xmau taja study lagi.Aku ni dhla xprnah independent lagi.Then mak aku cakapla akuni dahla perempuan,nak buat kerja berat2 mcam laki,berdiri tengah panas lama2 hg mauka.Buat pengsan kt situ naya.Lagipun klau dah kahwin,xkan hg nkp krja dlam site lg.Hm bila fikir2 balik,ada betulnya apa yang mak aku ckap tu.Aku xboleh bantah sebab aku pon sedar aku ni xkuat mana.Nak bancuh simen time sekolah dulu pon seksa dah,tu belum ikat bata lagi.Semput oii.Sikit2 bolehla tapi klau nk teror kena practice selalu la baru ada skill.Disini aku nak claim ya,aku xdela cakap budak engineering ni keje ikat bata ja.Tu contohh.Benda berat2 yang berkaitan pembinaan kau kena belajarla jugak.Nanti nak ajar anak buah macam mana kalau kau sendiri pon xreti.Sesat nanti ajaran.Kos juta2.Rugiii
Okay nexttt.Aku buntu yang teramat sebab kena tukar course.Aku xtau nak pilih yang mana.Sebab aku pon kena ada minatla baru semangat sikit nak belajar.Aku cerita dekat classmate aku mak aku tak bagi.Then dia share kat aku pasal kos teknologi makanan.Dia cakap kos tu macam best.Dia dh buat kajian dah google2 pasal ni n dia share satu blog ni dari graduate teknologi makanan.And YESS lepas baca tu aku jadi tertarik.
Skip skip skip
Kos food tech polisas
Ramai orang ingat bila kita cakap kita kos teknologi makanan diorang akan fikir ouhh bila keluar nanti kau jadi chef lah? Kos kau belajar masak2 ke? NO! Totally no!!!
Fyi, kitorang keluar nanti bukan jadi chef and mostly kitorang sendiri pon xminat nak masak masak ni.Tapi yang kitorang minat is KAJI.Yess totally.Aku xtaula orang lain macam mana tapi aku macamtu.Kita akan kaji sifat makanan tu,kandungan dia,bahan apa dia guna nak bagi makanan tu tahan lama,bahan apa nak ganti lemak haiwan etc etc.Mcam curious nak tahu benda yang kita makan selamani buat daripada apa?Apa proses dia?
Best korangg tapi before buat semua tu ofcla kena belajar basic sains dulu.Kimia,fizik,bio addmt semua ada dalamtu.Tapi jangan risauu,lagi senang dari apa yang sekolah ajar tu.Bagi aku time sekolah rasa susahnyaa addmt ni.Tapi bila masuk poli ni rasa senanggg je.Apasal dulu aku xboleh.Haa gitew.So untuk korang yang xde basic sains tu jangan risau sangat.Banyak je student yang masuk xde basic tapi alhamdulillah survive n berjaya dah secure carier dlam kos ni di syarikat2 besar.Even hanya diploma je,korang jangan main2 dngan graduan tvet ni.Graduan politeknik paling laku dalam industry.Bangga kejap jadi student poli hehe... Jangan marah
Awal2 tu mungkinla korang struggle sikit tapi jangan gelabah.Luaskan sikit pandangan korang and expand your limit.Kadang yang xbolehtu bukan sebab apa.Sebab xtry lagi tapi dh giveup.Haa jangan insecure sangat.Kalau rasa orang lain boleh kita tak boleh,jangan malu bertanya.Korang dapatla jugak belajar tips2 dari diorang.Berguna tau.Jangan kedekut ilmu.
Next storyyy
Comments
Post a Comment