POLISAS DI HATIKU
Hye semuaaa.. Assalamualaikum.Semoga korang sihat sihat saja ameen.
Polisas ni tempat aku menuntut ilmu dan kos yang aku ambil ialah Diploma Teknologi Makanan.Bestt sangat kos ni sesuai dengan jiwa dan minat aku.
Polisas ni poli ke 2 tertua selepas PUO.Jadi korang jangan ada high expectations sangat dengan fasiliti dia tapi okay ja nak belajar haa.Bak kata pepatah bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.Tapi waktu aku sem 1 memang betul2 susah wei.Kadang nak keluar air mata bila fikir nasib sendiri haa.Sekarang xde dhla,cuma memori ja n pengalaman dalam hidup.Dekat polisas ni kalau nak pegi mana2 mostly kena hiking sikit.Jalan dia curamm sangat.Orang kedah kata mcam kena panjat bukit haa.Orang lain aq xsure la cakap mcam mana.Kot satgi korang faham lain pulak.
1st day daftar masuk poli aku dah start rasa terseksa dah kes asrama n tempat parking jauh hm.Asrama aq atas bukit,tempat parking bawah bukit.2 3 kali jugakla aku ulang naik nak amik barang2 masuk asrama.Time tu aku ada dengar akak paras suruh hati2 dengan meon polisas ni.Diorang(meon) dh ada phD dh haa.Aq time tu blur2 xfaham lagi apa mksud akak paras ni.Hritu aq xnmpk lg kelibat meon yg diceritakan akak2 tu.Aq teringin jugak nk tengok monyet2 comel tu.Nak pegang2 nak belai2 macam kucing hm.
2nd day kt polisas aku still dalam mnggu suai kenal.Jadual pack gila ya.Penat dengan xckup tido dengan berebut bilik air.Nk kata bangun lewat sebelum subuh aku dah bangun.Tapi ada lagi yang lagi awal dari aku.Siang tu aku ada program pack gila la sampaila pkul 2 macamtu kitorang boleh balik kejap nak solat n mandi sebab time tu kitorang bahagi kumpulan kecil2 ikut jabatan,so dah habis tour jabatan sendiri boleh balik kejap before kumpul ramai2 balik.
Time tuela aq nampak kemunculan2 monyet di perkarangan asrama aku.Macam2 saiz ada.Ada seekor monyet ni dia duduk sorang2.Aq otw nak balik bilik,aq tenungla dia sambil senyum2.Dalam hati alahaii comella monyet ni.Cutee je.Xsmpai seminit aq tenung,monyet tu ttba jd agresif n start kejar akuuu.Mcam orang gila aku lari selaju mungkin sampai betul2 depan pintu bilik aku dia kejar.Semputt wei dengan berbaju kurung panjat anak tangga bukan main banyak.Dahla kena ligan dari perkarangan pintu masuk asrama wei.Nasib aq sempat buka kunci pintu bilik.Kalau x hm,dapatla love bite salam perkenalan dari meon.Dahla ajak geng.Ini tidak adil.Lepas 5 minit camtu baru dia beredar.Aq nak mengintip celah2 cermin tingkap pon menggeletar wei takut kena sergah.
Banyak moment pahit aku dengan meon ni.Salah satu punca aku stress.Kena buli,kena ligan,kena curi makanan huhuhu mental dan fizikal aku kena dera.Ada satu time tu air xde nk mandi.Aq struggle turun dengan roommate aq sorang nak tahan air dekat tangki.4x jugak kita naik turun tangga bawak baldi berat berisi air tu.Elok dah sampai depan toilet paras kitorang,kami diserbu 8 ekor monyet weii.Sempatla lari walaupon sipi2 nak kena sentuh dengan monyet tapi air yang aku tatang bagai minyak yang penuh tu xberjaya diselamatkan.Diorang satu geng boleh buat pesta dengan air aku nak mandi.Dicelup2 tangannya dalamtu.Aku dahla baru balik kelas dari pagi sampai ke petang.Berpeluh melekit gatal semua ada.Barai gila mood aku time tu.Dalam otak dah berimaginasi nak tembak je monyet2 tu pakai senapang patah then p jual kt sapa2.Arghhh.Sampai harini aku xboleh lupa.
Nexttt kena daki bukit hari2.Aq duduk asrama sem 1 ja lepastu aku duduk luar.Betis aku dari lembik boleh jadi keras pejalla isi sebab hari2 exercise tanpa niat.Jarak asrama nak ke jabatan aq dalam 20 min.Jauh matt.Asrama aq depan pintu masuk polisas.Jabatan aku hujung polisas.Time ni aku rasa terseksa gila awal2 tu.Lama2 aku oky sendiri.Sebabb,kita orang normal dah terbiasa nakpi destinasi mana2 ada transport.Bayangkan lifestyle kita,nkp kedai runcit depan rumah pon naik motor sebab cuaca kita panas bahang sama.Lainla kalau lifestyle Korea tu.
Aku dari kecil sampai ke besar xpernah wei nakpi mana2 jalan kaki.Korang jangan overthinking sangat.Ni maksud aku bawah 400m aq jalan kaki lagi.Tapi klau atas pada tu memang kirim salam dah.Sebab aku memang xterbiasa wei benda macamni.Tambah dalam Malaysia nak jalan p mana hangat2.Tapi hidup aku berubah 360° sejak masuk poli.Di mana2 kena jalan+panjat bukit.Macamtulah aku hadap hari2 selama 2 sem.Awal2 memang banyak merungut tapi bukan aku sorang je hadap.Orang lain pon sama.Betulkan balik niat kita,aku mai sini nak belajar,nak tambah ilmu.Self brainwash otak tu kita berjihad untuk dapatkan ilmu.Xdak benda senang dalam dunia ni.Haa macamtulah cara aku survive.
Time kita jauh dari parents n keluar dari negeri sendirila baru kita belajar susah senang.Dulu nak apa parents payung.Ni nak apa2 kena usaha sendiri.Xkan nak minta kat parents.Parents duduk jauh nu.Takat mengadu tu bolehla.Kita pon perlukan telinga juga untuk luah isihati kita.Kalau pendam banyak sangat mental illness nanti.Xboleh dah fokus study.
Pernah satu masa ni aku n classmate aku sorang balik asrama pukul 12.30pm lbih cmtu nk tido sebab penat.Pkul 2 ada kelas tapi dia terbabas sikit tido.Aku call 2 3x baru diangkat.Dapat pulak time kelas lect garang gila.Lambat sikit terus kena halau jangan masuk kelas dia.Pukul 2 kelas pukul 1.55pm baru dia turun.Jantung aku dah dupdapdupdap dah takut kena aim.Nak tinggal xsampai hati.Last sekali lari marathon wei kami 2 panjat bukit turun bukit panjat balik,naik tangga jabatan.Last sekali sampai pukul 2.02pm.Aku dah selawat banyak2 jnganla kena marah.Nasib baik wei xkena marah walaupon lect dh masuk class time tu.Doa hambaNya yang desperate dimakbulkan.Syukurr sangat time tu.Tu jugakla 1st time aku desperate lari.Bayangkan jarak 20-25 min cmtu nakp kelas boleh short jadi 7 minit.3x ganda kitorang lari.
Btw 20-25 min tu untuk beginner yang baru belajar jalan jauh2 panjat bukit sekali.Bila dah lama dah biasa jadi makin cepat je jalan dalam 13-15 min dah boleh sampai.Contohnya aku ni yang dulu panjat bukit dah xcukup nafas,lepas berapa bulan terus steady ja jalan.
Yangtu je kot nak story.Bubbyee
Comments
Post a Comment